"Insan yang sentiasa berurusan dengan jalan ALLAH sentiasa merasakan hidup ini terlalu mudah dan indah. Sesuatu halangan itu tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya sebagai dugaan ALLAH untuk menguji iman mereka."
"Kawan setia sukar dicari tetapi apabila kamu sudah menjumpainya, pastikan kamu tidak kehilangannya."
"Jangan menbuang waktu dengan menanti. Sesungguhnya menanti itu biasanya diiringi dengan kemalasan." -Internasional-
dalam kita menempuh kehidupan hari ini dan hari-hari mendatang, kita tak kan lepas dari di uji..ada sahaja onak dan duri yang akan kita tempuhi...hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya...sebab, mungkin ada yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri & berbangga dengan apa yang ada..tapi, kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur....dan belajar erti menghargai..
Dunia ini ibarat pentas lakonan
Manusia itulah pelakon dan pengarah utama nya
Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya
Malaikat itulah jurugambarnya
Islam itulah jalan ceritanya
Kiamat itulah kesudahan pengambarannya
Padang Masyhar tempat penganugerahannya
Rasullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaik
Allah Subhanna Wataala adalah hakimnya
Syurga atau Neraka adalah trofinya...
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
hidup ini umpama roda..
kadang kita di atas..
kadangkala kita di bawah...
bila kita dibawah,
kita kena selalu pandang ke atas..
untuk kita berusaha untuk
naik ke atas...
dan bila kita di atas,
jangan kita lupa pandang ke bawah..
agar kita sedar
di mana letaknya diri kita..
dari mana asal usul kita..
agar kita tak lupa
pada insan yang ada di bawah..
untuk kita bantu mereka
agar bersama-sama kita
meniti saat manis bersama
bila kita di puncak kejayaan...
kadang kita di atas..
kadangkala kita di bawah...
bila kita dibawah,
kita kena selalu pandang ke atas..
untuk kita berusaha untuk
naik ke atas...
dan bila kita di atas,
jangan kita lupa pandang ke bawah..
agar kita sedar
di mana letaknya diri kita..
dari mana asal usul kita..
agar kita tak lupa
pada insan yang ada di bawah..
untuk kita bantu mereka
agar bersama-sama kita
meniti saat manis bersama
bila kita di puncak kejayaan...
Alangkah indah jika setiap saat dan waktu,
hati kita sentiasa merasa gembira.
Fikiran kita tenang dan tenteram.
Tetaepi kita tak berdaya untuk semua itu...
kerana ia ialah kurnia tuhan di SYURGA ABADI.
Antara yang disukai oleh bibir adalah mencipta janji, antara yang disukai oleh hati adalah berkata-kata tanpa didengar, dan telinga pula suka melibar menari kata-kata. Mereka ini musuh Allah dan rasulnya.
Dalam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa, dalam bahasa ada makna, dalam makna ada rasa, dalam rasa ada bahagia juga derita. Segala-galanya santun juga peradabannya dalam dunia.