Tuesday 5 April 2011

madah pujangga



Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
 kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa
 kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir
 kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
 kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk
 bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan
 waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
 mengelakkannya kerana takut
padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
 iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT
ANDA TERSEBUT,

1 comment:

  1. Vampires in the Enchanted Castle casino - FilmFileEurope
    Vampires in the Enchanted Castle Casino. Vampires in worrione.com the https://febcasino.com/review/merit-casino/ Enchanted Castle Casino. Vampires in the Enchanted Castle communitykhabar Casino. Vampires in poormansguidetocasinogambling the nba매니아 Enchanted Castle Casino. Vampires in the Enchanted

    ReplyDelete