madah cinta






Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suke,
Kerana Orang Yang Kita Suke
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...
Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat......

Sekali kau sudi menerimaku
sejuta kali aku akan setia...
sekali bumi beredar
menerbitkan bintang di angkasa
bernafas di dada langit..
selagi itu kau ku cinta...


Bila mata tak dapat melihat,
hati mula tertanya-tanya...
bila telinga tak dapat mendengar,
hati mula terasa sunyi...
Bila rindu datang menjelma,
di manakah insan yang harus menemani...?


Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta,
mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki??
cinta umpama kota kristal..
indah di penglihatan,derita di perasaan....

persahabatan biasanye berakhir dengan percintaan,
tetapi percintaan sukar berakhir dengan persahabatan....

Cinta yang disemadikan tidak mungkin kan layu selagi adanya imbas kembali..
hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi...
jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada...
Parut yang lama pastikan sembuh selagi Iman terselit di dada

Sayangi sebuah perkenalan,
kerana di situ terciptanya kemesraan...
kenangi sebuah perhubungan,
kerana di situ terciptanya kerinduan....
Hargai kedua-duanya,
kerana itulah rahmat TUHAN...